Hai semuaaaa!!!
Semalam (24.08.14) hari yang paling teruja ya amat! Heeee….. umi dah pegi scan 4D untuk tengok keadaan baby… Alhamdulillah, walaupon beratur panjang kat klinik ni, urusan umi dan suami dimudahkan. Nak cerita perjalanan semalam ya.
Sebenarnya, cik asben ajak scan hujung minggu depan! Tapi sebab umi dah xboleh tahan sabar nak tau jantina dan keadaan baby, umi ajak jugak asben pegi scan. Asben siap fight lagi.. dia cakap tak payah la scan, sebab dia tau anak lam perut ni laki2. Hehehehe…. (*mcm ahli nujum plak kan :p)
Okay… umi bersiap dalam tengahari pukul 12 lebih mcm tu, umi keluar ngan asben. Ondaway tu, hati ni berbunga2 pastu asyik senyum sorg2. Huhuhu…. Dah sampai Klinik Sofea tu, umi nak daftar la sebab belum ada record lagi di situ. Guess what??! Alamat, terlupa bawak IC. Huhuhu…. Dengan senyum manis umi pon bg lessen memandu ja sambil minta maaf. Bagusnya….. cik yang jaga kaunter ni, lembut sgt! Xda marah2 tau. Yerlakan… masakan IC sendiri lupa nak di bawa… tak ka pelik bunyinya tu :p
Lebih kurang 2 jam jugak menunggu giliran sebab ramai pesakit. Tapi tak pa… semuanya sabar sebab hati ni excited nak tengok baby. :D
Dah sampai giliran umi, sungguh berdebar2. Huhuhu… Jumpa doktor.. mcm biasa lah… dia suruh baring. Asben pon ikut sebab nak tengok sama2 baby dalam perut ni. Alhamdulillah… scan punya scan… Nampak la baby… Baby umi awal scan Nampak la muka, matanya,hidungnya dan bibir dia. Hehehe.. kat bawah ni gambarnya. Tapi, umi sendiri xpasti muka baby ikut sapa. :D
can't wait <3
Seronoknya... doktor scan lagi untuk capture mukanya yg betul2 real. Tapi... anak umi xnak tunjuk. Pemalu kan orangnya. hihihihi... Ada jugak dia tunjuk kaki. Apa la anak ibu ni.... Point paling penting, anak umi normal. Dah cukup jari kaki,tangan semuanya. Denyutan jantung pon normal. sekarang beratnya dah 1.5kg at 26weeks 2 days. Alhamdulillah.
pemalukan? cmana pon kamu.... ibu n ayah syg kamu
Part paling mendebarkan bila nak tahu jantina.... teka la... baby boy or girl?
doktor cakap girl :)
Asben tak tunjuk kecewanya.. dia siap cakap dah ada nama untuk baby. Alhamdulillah.... sungguh teruja bila dapat tengok pergerakan baby dalam tummy. Sungguh, itu satu anugerah. Moga Allah memberkati umi, asben jugan anak yang bakal lahir nanti. Amin.
By the way, sapa2 nak wat scan 4D ni hanya RM80 di Klinik Sofea. Dapat CD dan prinscreen hitam putih. Murah la kan? tempat lain banyak yang umi survey rm150 ke atas. Okay, ni alamatnya :
Klinik Sofea
No. 36, Ground Floor, Jalan PU 7/3,
Bandar Puchong Utama, 47100 Selangor
(belakang Aeon, opposite 99 Speedmart)
03-8061 9628
Setakat ni sahaja coretan umi untuk entry kali ni. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang sudi baca :D
Salam Sayang,
Umie
No comments:
Post a Comment