Tentang Diriku

Assalamualaikum w.r.t

Sedikit coretan tentang diri sendiri. Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah S.W.T masih memberi nafas untuk teruskan perjuangan hidup di muka bumi ini. Sebelum tu saya nak perkenalkan diri dulu. Nama penuh saya Siti Noor Umirah binti Jamaludin. Panggil umi. Umur dah 24 tahun (xda tua sangat lagi kan :p). Saya dah berkahwin pada umur 23 tahun dan sekrang alhamdulillah tengah preggy 25Weeks 4Days. (rezeki jugak ni :) )

Hari nikah 15 Safar 1434H


Kenduri sebelah lelaki

Sebagai manusia biasa, saya juga punyai impian sendiri untuk berjaya dalam hidup. Saya mahu jadikan BISNES sebagai platform saya untuk berjaya. Dah macam2 bisnes saya dah buat. hehehe... belum ada rezeki nak berjaya kan... nak buat camana... Tapi dalam hidup ni, tak boleh la nak putus asa, kalah 1 bisnes tak bererti akan kalah selamanya. Allah nampak usaha kita kan.. In syaa Allah, suatu hari nanti akan ada jugak rezeki saya :D

Kongsikan apa impian korang suma?


Sekarang saya mencuba jual kepelbagaian produk termasuklah barang2 baby, produk2 kecantikan, baju2 wanita, barang dapur dan sebagainya :D. Kalau ada masa boleh ke fb saya : https://www.facebook.com/sitinoor.umirahjamaludin?ref=tn_tnmn

Semuanya saya buat dengan harapan dapat meringankan perbelanjaan rumah dan keperluan sendiri. Dalam hati ni kalau boleh tak nak bebankan sangat suami. (moga Allah redha). Doakan saya berjaya dalam apa yang saya hajati :)

Sedia maklum untuk bahawa orang beragama Islam sentiasa berpegang kepada Formula di bawah :

USAHA + DOA +TAWAKKAL

Terima kasih sebab ada yang sudi baca. Moga dari blog saya ni anda dapat serba sikit pengetahuan :D

Sebelum menutup entry kali ni, ingin saya share sesuatu. Baca dan renung2 kan ya kawan2.



Salam sayang,
Umie.

No comments:

Post a Comment